Pejuang dakwa masih ada syarikat ambil jurutera yang hanya berkelulusan diploma

Oleh KIM SYAZIE

Kerajaan perlu bertanggungjawab menrangka segera pelan tindakan komprehensif bagi menangani isu kadar upah rendah kepada jurutera yang mendapat liputan sebuah akhbar tempatan pada 28 Oktober lalu.

Exco Biro Pekerjaan & Modal Insan, Pejuang Muda Malaysia, Akmal M Yusoff mendakwa, masih terdapat perusahaan yang menggaji individu berkelulusan diploma sebagai jurutera, walaupun dengan jelas undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Katanya, ini dapat dilihat di laman sesawang pekerjaan utama Malaysia, yang menunjukkan kriteria pengambilan antaranya berkelulusan minima diploma untuk perjawatan sebagai jurutera bagi syarikat tertentu.

Baca Artikel Penuh