Kejadian yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) kelmarin benar-benar buat rakyat Malaysia hiba dan sedih.
Semalam tular video dashcam dari kereta belakang merakam video bas yang laju memecut sehingga hilang kawalan apabila melalui selekoh. Kejadian itu menyebabkan besi penghadang jalan menusuk masuk ke sisi sebelah kiri bas.
Menurut saksi pelajar di dalam bas, kebanyakan mangsa yang meninggal adalah dari sebelah kiri penumpang bas yang tersepit dengan besi penghadang jalan yang menusuk masuk.
Memetik dari portal BH Online, pemandu bas berkenaan menceritakan kejadian sebenar yang menjadi sejarah hitam bagi dirinya. Menurut Mohd Amirul Fadhil Zulkifle yang kini dirawat di hospital taiping, pemandu bas itu menceritakan detik-detik brek bas yang tiba-tiba tidak berfungsi dengan elok.
“Secara tiba-tiba, saya dapati brek bas tidak berfungsi dan angin bas juga kosong.
“Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.
“Saya cuba mengelak kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian.”, katanya seperti dilapor oleh BH Online.
“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang ada dashcam. Ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.
“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan sebelum itu saya cuba mengelak daripada melanggar kenderaan lain.
“Oleh sebab nahas berlaku di kawasan selekoh, saya tak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
baca: Bekas pelajar sekolah hadiahkan bas mewah sempena hari guru