Pemandu teksi diberi RM5,000 sebab bawa penumpang ke airport tepat pada masa

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bukan selalu kita bertemu dengan orang yang budiman dan dermawan. Sekali kita bertemu ibarat rahmat dariNYA.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu teksi yang mendapat pelanggan dari ‘syurga’. Lelaki itu mendapat durian runtuh apabila penumpangnya memberikan duit tambahan RM5,000 hanya sebab sampai ke lapangan terbang tepat pada waktunya.

Pemandu teksi yang bernama Chang Yim berkongsi kisah gembiranya di laman facebook. Dia berkata sepatutnya masa perjalanan ke lapangan terbang adalah 45 minit tetapi dia berjaya sampai hanya dalam masa 30 minit.

Chang bercerita dia sepatutnya menurunkan penumpang itu di Lapangan Terbang Don Mueang yang menaiki teksinya dari bandar Bangkok.

Bagaimanapun, apabila tiba di sana, penumpang menyedari dia berada di tempat berlepas yang salah dan meminta Chang untuk memandunya ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Penumpang Cheng ketika itu berkata jika berjaya bawanya tepat pada waktu, dia akan memberikan wang lebih.

“’Jika anda berjaya tiba tepat pada masanya dan saya tidak terlepas penerbangan saya, saya akan membayar bayaran terhadap anda,’ itulah yang dia katakan kepada saya,”

“Penumpang itu mungkin tidak mahu ketinggalan penerbangannya kerana dia mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Mengira kerugian jika dia terlepas penerbangan, ia pasti berbaloi untuknya.

baca: Tak kisah digelar penyanyi TikTok, Ramlah Ram sedar tak semua peminat mampu beli tiket konsert