Pembantu jurulatih Kelantan FC sah peluk Islam

Oleh KIM SYAZIE

Pembantu jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan sudah memeluk Islam semalam.

Perkara ini disahkan melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook Rasmi TRW Kelantan FC.

Penganalisis video Kelantan FC itu juga akan menggunakan nama Abu Bakar.

“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini.

“Beliau disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.

“Abu Bakar yang sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” kata kelab itu.

Baca Artikel Penuh