Pemuda AMANAH bantu mahasiswa UM yang dikuarantin

Oleh ARIF ATAN

Hasbie Muda

Pemuda AMANAH Nasional menyumbangkan barangan makanan dan kit kebersihan kepada penuntut Universiti Malaya (UM) yang dikuarantin kerana kontak rapat Covid-19.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata, golongan mahasiswa sentiasa dekat di hati beliau dan Pemuda AMANAH Nasional.

“Saya dimaklumkan ada sekitar 560 adik-adik mahasiswa UM yang dikuarantin kerana kontak rapat Covid-19.

“Dalam perjalanan pulang dari Melaka terus saya hubungi Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (KMUM) Saudara Afiq dan Pengerusi Biro Kebajikan KMUM Saudara Mukhlis untuk ke Pusat Borong NSK Kuchai Lama bagi membeli sedikit barangan makanan dan keperluan hygiene mereka.

“Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda AMANAH Nasional Saudara Raja Firdaus (Engku Fir).

“Alhamdulillah, sedikit bantuan dihulur tanda kasih kami kepada generasi pelapis kepemimpinan negara. Semoga dapat meringankan beban,” katanya kelmarin.

Hasbie (kanan) bersama pimpinan KMUM di Pusat Borong NSK Kuchai Lama.