Seorang pemuda mengundang perhatian ramai selepas membawa periuk nasi bersaiz besar ketika berbuka puasa bersama rakan-rakannya di luar.
Aksi lucu itu dirakam oleh salah seorang rakannya yang kemudian memuat naik di akaun TikTok @andyjcwook.
Menerusi video tersebut, rakan-rakan lain juga nampaknya tidak segan silu saling menghulurkan periuk nasi untuk dicedok.
“Bawa nasi lebih tau baru kenyang,” demikian kapsyen yang tertera pada video itu.
Lebih membuatkan ramai terhibur, mereka selamba sahaja mengaut nasi menggunakan tangan secara terus dari periuk nasi tersebut.
“Teringat satu geng budak lelaki bawak periuk nasi pergi KFC,” komen salah seorang pengguna TikTok yang terhibur melihat kelakuan tersebut.
“Kot ye pun janganlah sampai bawa sekali dengan periuk,” tulis pula individu lain sambil meninggalkan emoji menangis.
Tidak terlepas, ramai yang tertanya-tanya bagaimana periuk nasi itu dapat diseludup dari rumah kerana golongan para ibu pasti bercekak pinggang jika salah satu perkakas rumahnya hilang.
“Meanwhile mak dekat rumah: Aku rasa macam dah basuh periuk nasi letak sini. siapa yang rembat pula,” seloroh pengguna lain.
Bagaimanapun membalas hal itu, individu itu berkata periuk nasi tersebut telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui pintu belakang rumah.
“Mak ada tanya tadi ada nampak tak periuk mak? Saya cakap tadi nampak kucing buat main periuk tu,” jawabnya berseloroh di ruangan komen.