Sekumpulan pemuda bawa periuk nasi dari rumah masa berbuka di luar buat ramai gelak besar

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda mengundang perhatian ramai selepas membawa periuk nasi bersaiz besar ketika berbuka puasa bersama rakan-rakannya di luar.

Aksi lucu itu dirakam oleh salah seorang rakannya yang kemudian memuat naik di akaun TikTok @andyjcwook.

Menerusi video tersebut, rakan-rakan lain juga nampaknya tidak segan silu saling menghulurkan periuk nasi untuk dicedok.

“Bawa nasi lebih tau baru kenyang,” demikian kapsyen yang tertera pada video itu.

Lebih membuatkan ramai terhibur, mereka selamba sahaja mengaut nasi menggunakan tangan secara terus dari periuk nasi tersebut.

“Teringat satu geng budak lelaki bawak periuk nasi pergi KFC,” komen salah seorang pengguna TikTok yang terhibur melihat kelakuan tersebut.

Baca Artikel Penuh