Pemuda rela tinggalkan kerjaya jurutera demi tanam cili, hasilnya sebulan mampu raih lima angka

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda nekad meninggalkan kerjayanya sebagai seorang jurutera demi menceburi bidang pertanian dan mengusahaman tanaman cili fertigasi.

Keputusannya tepat apabila dia kini mampu meraih pendapatan mencecah lima angka sebulan biarpun pada awalnya dia juga agak keberatan mahu melepaskan kerjayanya.

Mohammad Yazed Idres, 39, berkata, dia berani membuat keputusan itu termasuk meletakkan jawatan sebagai penolong jurutera di sebuah PBT kerana yakin bidang pertanian mampu menjana pendapatan lebih baik.

Kejayaan tersebut menjadikan Mohammad Yazed antara pengusaha tanaman cili fertigasi di tengah bandar paling berjaya.

“Mulanya saya amat berat hati mengambil keputusan berhenti kerja tetapi saya nekad kerana yakin bidang pertanian mampu menjadi sumber rezeki saya menyara isteri dan tiga orang anak.

“Saya bermula dengan penanaman keledek dan jagung secara sambilan di Pulau Gadong.

“Hasilnya cukup meyakinkan kerana dapat pulangan yang baik dan daripada situ saya mula mengusahakan cili fertigasi bermula dengan 3,000 polibeg,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Dia kini mampu menghasilkan sebanyak satu tan cili setiap kali menuai.

Mohammad Yazed bagaimanapun mengakui, tanaman cili fertigasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk diusahakan kerana ia memerlukan penja­gaan rapi dan mudah mendapat serangan serangga perosak.

Disebabkan itu katanya, ramai tidak berani mengambil risiko untuk mula secara berskala besar tetapi dia bertekad masalah tersebut dapat diatasi temasuk menerusi tunjuk ajar dan bantuan kepakaran daripada pelbagai pihak.

Baca juga: Sah ke puasa kalau mandi wajib selepas azan Subuh? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus