Penat jawab soal kerjaya suami, jawapan lantang Ina Naim raih perhatian

Oleh MAISARAH AISYA

Terlalu ramai orang sibuk akan hal rumah tangga orang lain sehingga sanggup bertanya soalan sama berulang kali meskipun tahu ia menyakitkan hati.

Sudah diuji dengan kehilangan suami tahun lepas, Ina Naim kembali diasak netizen tentang status pekerjaan suami terbarunya Mohd. Kharul Rizal.

Menerusi siaran langsung di media sosial, Ina dilihat berang dengan soalan diajukan dan memilih untuk menjawab bagi pihak suaminya lapor Kosmo! Online.

“Nampak macam tak kerja. Tetapi sebenarnya dia kerja. Dia adalah seorang perunding kejuruteraan. Dia tak perlu ke pejabat setiap hari ini.

“Zaman sekarang sudah moden. Sedangkan ketika waktu zaman pandemik dulu orang boleh bekerja dari rumah.

“Sekarang jangan tanya saya lagi. Saya cerita biar orang faham. Suami saya bekerja sebenarnya. Geram rasanya!” Ujar dalam siaran langsung tersebut.

Meskipun tidak mempunyai pendapatan besar, Ina mengakui dirinya bersyukur apabila kehidupannya serba serbi mencukupi.

“Gaji tak tinggi. Tapi Alhamdulillah Allah bagi cukup,” tambahnya.

Bagaimanapun, netizen mula membandingkan sikapnya bersama arwah Suhaimi Saad yang dilihat lebih lembut berbanding dengan suami terbarunya,

“Dulu arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik isteri. Elok, lembut, tak banyak cakap. Sekarang macam lain,” komen netizen.

Baca juga: Gagal bayar pinjaman Mara cecah RM1 juta, rumah Rozita Che Wan diserbu atas tujuan sita