Apabila Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklum, KWSP akan mula memasukkan wang tuntutan pencarumnya mulai 18 April kelmarin dan bukannya 20 April hari ini sebagaimana makluman awal, ia mengujakan banyak pihak.
Ramai sudah berangan-angan untuk pergi membeli belah sejak 18 April untuk persiapan hari raya tahun ini, selepas dua tahun dikekang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, buah yang ditunggu tidak gugur-gugur bahkan dimaklkumkan ia hanya dikreditkan secara berperingkat berbeza mengikut pencarum bukannya semua akan dapat pada 18 atau 20 April.
Sebelum ini, KWSP telah bersetuju untuk membenarkan pencarumnya mengeluarkan sehingga RM10,000 wang caruman mereka dan 20 April telah diberikan sebagai tarikh pengeluaran itu.
Hasil desakan, Tengku Zafrul menerusi Instagram beliau memaklumkan beliau memahami desakan pencarum untuk mendapatkan wang ini lebih awal dan akan mengkreditkan wang itu mulai 18 April.
“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” kata beliau dalam kenyataan pada 18 April itu.
Hari raya Aidil Fitri tahun ini sangat bermakna untuk umat Islam di negara ini selepas dua tahun mereka tidak boleh bergerak bebas ekoran kekangan dari PKP.
Pada tahun ini, semua umat Islam dijangka akan memenuhi kampung halaman mereka untuk beraya dan wang KSWP menjadi taruhan.
Menurut seorang pencarum, Ahmad Ismadi, 25, beliau telah memohon untuk mengeluarkan RM2,000 wang KSWP beliau untuk membuat persiapan raya tahun ini.

“18 April lepas, saya tak terima apa-apa. Hari ini 20 April, KWSP hanya memaklumkan permohonan saya diluluskan, bukannya terima duit lagi. 30hb April baru boleh terima.
“Ia betul-betul menyusahkan dan berbelit-belit. Cakap betul-betullah. Ini kita dah belanja semua duit yang ada, duit KWSP tak dapat lagi,” kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Beliau percaya, perkara ini bukan berlaku kepada beliau sahaja tetapi kepada pemohon yang lain juga.
Menurut komen-komen yang dibuat di Instagram Tengku Zafrul, para pencarum tidak lagi menerima wang yang mereka harap dapat terima pada 18 atau paling lewat 20 April.
Ashmawi menulis, “Saya punya pengeluaran di deposit ke dalam akaun bank 28 April. Lama sangat tu Tengku. Bini nak bersalin, saya pun dah tak bekerja.”
Pengguna Instagram, Malaysiaformalaysian pula menulis, “Hahaha…dah ada yang dapat ke semalam…😂😂😂”
Sprintzgurlz pula menulis, “I applied on 1st April at 5 am. And when I check on KWSP portal it stated will be credited on 24th April. Haih… It’s been 4 months my employer did not pay my salary, and My college and land lord keep calling asking for rental and fees.”