Penceramah agama suruh Menteri Kesihatan balik Rembau

Oleh ARIF ATAN

Ketika negara masih menyaksikan penularan jangkitan Covid-19, seorang penceramah mendesak Perdana Menteri menukar Menteri Kesihatan yang pada masa ini disandang Khairy Jamaluddin,

Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin dalam satu sedutan ceramahnya yang tular di TikTok meminta agar desakannya itu disampaikan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dia dilihat sama sekali menolak kedudukan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau untuk terus menerajui Kementerian Kesihatan (KKM).

“Tolong sampaikan kepada Perdana Menteri. Menteri Kesihatan ni tolong tukar.

“Setuju atau tidak, kita minta usul tukar Menteri Kesihatan? Mengarut saja. Pergi hantar dia balik Rembau.

“Suruh dia duduk di Rembau diam-diam. Setuju?” katanya beberapa kali mengulang meminta pendengarnya di lokasi bersetuju dengan penegasannya itu.

Baca Artikel Penuh