Penganalisis bimbang Melayu akan semakin ketinggalan kalau asyik tuntut keluar KWSP

Oleh KIM SYAZIE

Sejak pengeluaran kali pertama dibenarkan pada 2020, sehingga kini masih ada segelintir pencarum yang mendesak agar dibenarkan pengeluaran khas daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh seorang Penganalisis Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) yang menyifatkan ia bukan langkah yang tepat.

Memetik Utusan Malaysia, Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, pengeluaran khas daripada akaun KWSP yang kerap didesak oleh golongan Melayu akan menyebabkan jumlah simpanan semakin berkurang.

Ia sekaligus akan menyebabkan wujud jurang simpanan KWSP dengan kaum lain.

Katanya, tanpa langkah proaktif untuk menangani isu ini, jurang simpanan yang semakin meluas akan memberi ke­san negatif kepada masyarakat, terutama golongan Melayu.

Ketika pentadbiran Perikatan Nasional, kerajaan ketika itu telah membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak tiga kali menerusi i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada 55 tahun.

Terdapat desakan sehingga kini untuk Kerajaan MADANI membenarkan pengeluaran khas KWSP, namun ia mustahil untuk dilaksanakan.

Pun begitu kerajaan telah memperkenal Akaun 3 atau Akaun Fleksibel sebagai tabung kecemasan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Baca juga: Harga RM28 juta, Aliff Syukri akhirnya jual bangunan D’herbs