Seorang pengantin wanita tidak dapat menahan sebak selepas rakannya yang berbangsa Cina hadir ke majlis perkahwinannya dan memberikan hadiah yang cukup berharga.
Hadiah yang diberikan adalah seutas gelang emas.
Reaksi wanita itu yang terkejut, lantas mengalirkan air mata kerana terharu membuatkan rakan-rakannya terhibur.
Rakan-rakannya yang berbangsa Cina juga kelihatan gembira dan sebak melihat reaksi pengantin wanita itu.
Rakaman menyentuh hati itu dimuat naik seorang pengguna TikTok @dik_wan96 dengan kapsyen “Best kan ada BFF Chinese”.
Seperti dijangka, pengguna media sosial juga meluahkan rasa gembira melihat keakraban persahabatan pengantin itu dengan rakannya yang berlainan bangsa.
Mereka juga tidak terlepas berkongsi pengalaman sama, meluahkan rasa bertuah kerana rakan mereka yang berlainan bangsa juga sangat baik dan suka memberi hadiah kepada mereka.
“Aku ingat masa kahwin, kawan-kawan Cina tanya nak apa. Aku cakap aku nak microwave Panasonic. Gila demand. Dia orang datang naik tren angkut microwave jenama yang diminta. Masih elok ye dah 9 tahun kahwin. Terima kasih,” kongsi seorang pengguna TikTok.
Baca juga: Ringgit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan, tak sangka ini puncanya