Pengasas TikTok kini individu terkaya di China dengan kekayaan lebih AS$5.7 bilion

Oleh KIM SYAZIE

Sejak ia diperkenalkan pada 2012, tiada siapa sangka aplikasi TikTok kini menjadi syarikat yang paling bernilai di dunia.

TikTok yang dimiliki oleh ByteDance bernilai lebih AS$400 bilion setakat Januari 2025.

Ia sekaligus menjadikan pengasas ByteDance dan pemilik TikTok, Zhang Yiming adalah individu terkaya di China, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Indeks Jutawan Bloomberg.

Indeks Jutawan Bloomberg baru-baru ini menunjukkan bahawa beliau merupakan individu ke-24 terkaya di dunia.

Senarai Jutawan Forbes dan Hurun Rich List, yang menyenaraikan individu paling kaya di China, turut menunjukkan bahawa Zhang merupakan individu terkaya di negara itu.

Menurut Bloomberg, beliau memiliki kekayaan berjumlah AS$57.5 bilion, manakala Forbes menganggarkan jumlah itu pada AS$65.5 bilion.

ByteDance juga memiliki beberapa aplikasi mudah alih popular seperti CapCut, Xigua Video dan Douyin.

Baca juga: Lelaki kongsi mudahnya kahwin di Korea, tak macam tok kadi Malaysia