Lelaki kongsi mudahnya kahwin di Korea, tak macam tok kadi Malaysia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Ramai di kalangan bakal pengantin pastinya berasa gemuruh dan tidak tenang sebelum hari bahagia mereka. Lebih-lebih lagi apabila tibanya waktu akad nikah di depan tok kadi.

Majoriti tok kadi di Malaysia pula kadang-kadang suka mengusik bertanya itu dan ini sebelum akad nikah menyebabkan pengantin lelaki lebih gemuruh.

Namun lain kisahnya di Korea Selatan apabila seorang lelaki melayu berkongsi pengalaman bernikah dengan wanita korea di sana.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Zulhilmi ini telah memuatnaik video berkongsi saat manis ketika bernikah di hadapan tok kadi Korea Selatan.

Untuk permulaan, mereka akan bertemu imam selaku Tok Kadi, yang mana akan memberikan penerangan berkaitan rukun nikah dan jumlah mahar yang dipersetujui seperti yang dipraktis dalam Islam.

Kemudian, Tok kadi meneruskan ke proses terakhir di mana mendapatkan persetujuan dari kedua-dua belah pasangan di samping dua wakil terdekat sebagai saksi lafaz nikah tersebut.

Sebaik pihak lelaki dan wanita memberi respon terhadap soalan yang dilontarkan oleh tok kadi sama ada mereka mahu jadi pasangan hidup yang sah, Tok kadi selepas tiu akan mengiytiharkan akad nikah telah selesai sekaligus menandakan sudah lengkap ijab kabul seperti yang diwajibkan dalam rukun nikah.

@hellohilmi173 My wife’s English name is Eileen Lee. Thank you to my parents and her parents. Also thank you to all who has been helping us with the documents and translation. Doakan kami ye 😀 @Eileen ♬ original sound – 안녕힐미Hello Hilmi

Sebagai pelengkap, mereka mengakhiri sesi pernikahan itu dengan membacakan surah Al-Fatihah.

Video yang dikongsikan di platform TikTok itu langsung menarik perhatian ramai dan rata-ratanya memuji akan betapa mudahnya proses pernikahan di Korea Selatan berbanding dengan amalan warga tempatan.

baca: Tinggal sejam lagi nak akad nikah, pengantin perempuan ditinggalkan pengantin lelaki