Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan, SME tumpuan MOSTI

Oleh ARIF ATAN

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menumpukan kepada pembangunan industri teknologi ‘startup’ dan Industri Kecil dan Sederhana (SME).

Hal itu dinyatakan oleh menterinya, Chang Lih Kang dalam majlis taklimat bersama Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman Hassan.

“Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan teknologi strategik yang merujuk kepada teknologi yang penting dan bernilai tinggi bagi negara, serta bagaimana ia dapat digunakan untuk memajukan sektor ekonomi dan sosial.

“Selain itu, juga dibincangkan mengenai dana dan geran pembangunan ‘startup’ dan SME, yang merujuk kepada bantuan kewangan bagi syarikat-syarikat yang sedang berusaha mengembangkan produk atau perkhidmatan inovatif,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kata beliau, terdapat juga perbincangan mengenai pengkomersilan Penyelidikan dna Pembangunan (R&D) dalam usaha mengubah hasil penyelidikan ke dalam produk atau perkhidmatan yang boleh dijual ke pasaran tempatan mahupun global.

“Ini merupakan aspek penting dalam memajukan ekonomi negara, kerana ia dapat meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat dalam mencipta nilai tambah dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Terima kasih kepada Datuk TKSU dan pasukan Sektor Pembangunan Teknologi atas pembentangan yang sangat bermanfaat,” katanya lagi.

BACA LAGI Mosti tambah peruntukan RM20 juta dana khas pengkormersilan