Pengundi muda perlu selamatkan negara, jangan jadi hamba wang

Oleh KIM SYAZIE

Bekas wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, golongan belia yang merupakan pengundi muda perlu bertindak sebagai penyelamat negara.

Katanya, pengundi muda ini tidak harus diperdaya dengan wang yang kebiasaannya menjadi modal parti-parti politik meraih undi.

“Pengundi muda jadilah penyelamat negara.

“Jangan jadi hamba kerana setangki minyak motosikal dan duit sepuluh dua,” katanya ringkas dalam hantaran Facebook semalam.

Sementara itu di ruangan komen Kadir menambah, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyedarkan anak muda tentang hal ini.

“Mereka dapat seratus, dua ratus rasuah pilihan raya. Tapi mereka bayar cukai lebih banyak daripada itu dalam masa 5 tahun untuk bayar hutang negara yang perasuah curi,” katanya.