Seorang doktor perubatan berkongsi kerenah pekerja warga asing di klinik miliknya yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan surat cuti sakit.
Menerusi perkongsian di X, individu itu berkata dia pernah berdepan situasi menjengkelkan apabila seorang warga asing ‘tantrum’ di kliniknya kerana tidak diberi cuti sakit selama lima hari seperti dipinta.
Macam-macam helah diberikan pekerja itu, namun tidak dilayan.
Kemuncaknya, pekerja warga asing itu dikatakan berlakon pengsan untuk meraih simpati dan ihsan doktor.
“Ada satu kisah lucu berlaku dekat klinik aku. Pekerja asing tantrum sebab nak MC lebih. Aku dah bagi sehari tapi dia nak lima hari. Aku tolak sebab tu dah melampau sangat.
“Disebabkan permintaan tak dipenuhi, dia sanggup berbaring atas lantai dalam klinik ni, depan orang ramai konon-kononnya pengsan.
“Nasib baik waktu tu ada sekali dia punya mandur (pengurus), tegas sikit nak layankan perangai pekerja ni,” kongsinya.
Kata Individu itu, pekerja itu lantas hentikan lakonan pura-pura sakit itu selepas mandur terbabit mengugut mahu memanggil polis.
“Mandur terus cakap nak panggil polis, baru pekerja tu gelabah buka mata berlakon macam baru sedar. Penat la macam ni nakhadap.
“Nasib baik dia pekerja asing yang sah, ada permit semua, kalau tak dah panggil imigresen,” kata doktor itu meluahkan isi hatinya.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut tidak terlepas berkongsikan pengalaman serupa berurusan dengan warga asing yang banyak ragam.
“Ya betul, golongan ni selalunya tak pandai cakap Bahasa Melayu kalau dekat luar, tapi bila nak minta MC terus mampu berceloteh. Deras sembangnya, sampai berbelit-belit,” kongsi salah seorang pengguna X.
Baca juga: Tak pernah masak, basuh baju, wanita kahwin muda bersyukur dapat suami memahami