Bonus penjawat awam sering menjadi tumpuan khususnya dalam pembentangan belanjawan di peringkat Persekutuan dan negeri.
Setiap negeri memilih pendekatan berbeza dalam menghargai penjawat awam, dengan bonus antara satu bulan hingga tiga bulan.
Dalam konteks lebih besar, ia memberi ruang kepada orang awam menilai keupayaan dan hala tuju pentadbiran negeri masing-masing
Laman ISLAH mengumpulkan jumlah bonus yang diumumkan setiap kerajaan negeri dalam infografik mereka.
Selangor dan Negeri Sembilan memberikan bonus paling tinggi sebanyak tiga bulan gaji kepada penjawat awam mereka.
Johor, Perak, Pahang, Kedah dan Sarawak pula memberikan bonus RM2,000.
Bonus penjawat awam di Sabah pula sebanyak satu bulan gaji, manakala Melaka setengah bulan dengan minimum RM2,000 dan tambahan RM500.
Pulau Pinang mengumumkan hampir satu bulan gaji iaitu 0.75 bulan dengan minimum bonus sebanyak RM1,000.
Menduduki carta paling bawah adalah Perlis, Terengganu, Kelantan dan Persekutuan yang masing-masing mengumumkan bonus RM500.
Di peringkat Persekutuan, bonus RM500 bukan satu-satunya bentuk penghargaan kepada penjawat awam, sebaliknya kerajaan telah melaksanakan peningkatan gaji dengan kenaikan 7% hingga 15% secara berfasa.
Pendekatan ini memberi kesan langsung kepada pendapatan bulanan penjawat awam secara berterusan, sekali gus menjadikan ganjaran yang diterima lebih bersifat jangka panjang dan menyeluruh.
Baca juga: “Syarikat potong gaji sebab solat jumaat”