Pastinya setiap umat Islam mengimpikan untuk ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah umrah atau haji walaupun hanya sekali dalam hidupnya.
Lebih gembira jika dapat bawa pasangan dan anak-anak untuk merasai pengalaman mengejar pahala di Tanah Suci.
Meskipun impian menunaikan umrah sebelum ini musnah selepas ditipu agensi pelancongan, pelawak Mamat Sepah akui teruja menerima jemputan Nuh Travel & Tours.
Jelas Mamat dia sebelum ini pernah mengimpikan untuk bernikah di Mekah namun terpaksa membatalkan hasrat berikutan kekangan undang-undang lapor Kosmo! Online.
“Dulu saya pernah ada niat nak nikah di Mekah tetapi kerajaan tidak benarkan waktu itu jadi tidak dapat bernikah di sana.
“Apabila berpeluang pergi dengan isteri selepas kali pertama ke sini tahun 2015, saya rasa bersyukur sangat dengan rezeki dikurniakan Allah ini.
“Bagi kami selain paling utama beribadah, dapat berbulan madu di Tanah Suci pun sudah cukup,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Bukan kali pertama mengerjakan umrah, Mamat akui teruja dapat kembali ke Mekah bersama isteri Nordiana Ibrahim dan sama-sama berdoa agar dikurniakan zuriat.
“Sama macam pasangan lain saya dan isteri insya-Allah akan banyak doakan hidup kami diberkati, kekal bahagia hingga syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah,” ujarnya.
Baca juga: Cik B pernah kena pukul dengan buluh, dedah trauma didera bibik pada waktu kecil