PH letak 4 calon anak muda di PRN Melaka

Oleh BORHAN AHMAD

Empat dari 28 calon Pakatan Harapan di Melaka adalah anak muda yang berumur bawah 30 tahun dengan calon termuda adalah Farzana Hayani Mohd Nasir, 21, yang akan bertanding di Sungai Rambai.

Selain beliau, Danish Zainudin, 25 (DAP) Prasanth Kumar Brakasam, 27, (PKR) dan Ustaz Muhammad Kamal, 30.(AMANAH).

Danish akan bertanding di DUN Pengkalan Batu, Prasanth akan bertanding RIM manakala Ustaz Muhammad akan bertanding di Serkam.

Hasbie MudaEkoran itu, Ketua Pemuda AMANAH yang baharu dilantik, Hasbie Muda (gambar) mengucapkan tahniah kepada calon-calon muda ini dan terima kasih kepada Pakatan Harapan.

“Tahniah Ustaz Muhammad yang dipilih oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di DUN Serkam.

“Calon berusia 30 tahun ini adalah Ketua Pemuda AMANAH Melaka dan sahabat saya yang cukup komited dalam gerak kerja Pemuda AMANAH Nasional.

“Saya mengenali beliau sebagai orang tokoh muda berkeperibadian mulia, berilmu dan rajin menyantuni rakyat.

“Terima kasih AMANAH dan Pakatan Harapan kerana terus mengiktiraf peranan orang muda,” kata Hasbie.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Keadilan kerana meletakkan tiga calon anak muda termasuk seorang dari Mahasiswa Keadilan.

“Semoga semuanya diterima oleh majoriti pengundi,” kata beliau.