PM pesan jangan buang pelajar terlibat bakar karikatur – Zambry

Oleh ROSLAN ZAMAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan hasrat mahasiswa yang terlibat membakar karikarur dirinya di Sabah pada minggu lalu tidak dibuang universiti.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menyampaikan pesanan dari perdana menteri, walaupun tindakan mahasiswa itu mencetuskan kontroversi, masa depan dan pengajian mereka perlu diberi keutamaan berbanding dikenakan hukuman yang terlalu keras.

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat dalam insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti.

“Bagi Perdana Menteri, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya.

Pada ahad lalu, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenali sebagai “Suara Mahasiswa UMS” telah menganjurkan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Kota Kinabalu. Semasa perhimpunan ini, mereka bertindak membakar karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbuatan sekumpulan mahasiswa yang tular di media sosial itu mendapat reaksi yang pelbagai dari warganet yang mengecam tindakan tersebut.

baca: anwar angkat sumpah