Dah ditakdirkan Melaka mungkin akan jadi ‘testing ground’ oleh Umno untuk menguji sejauh mana kekuatan mereka untuk menawan semula Melaka yang berjaya dikuasai Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum yang lepas.
Semua tahu Umno kini pecah kepada 2 fikrah. Presiden Umno mahu bergerak sendirian walaupun peluang untuk menang agak tipis jika Umno bersendirian.
Kumpulan Ismail Sabri pula mahu Umno dan Perikatan Nasional berada dalam satu pakatan supaya tak berlaku pertembungan 3 penjuru yang dianggap lebih menguntungkan PH.
Pertembungan fikrah ini sudah pasti akan menghangatkan suasana mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum pendirian rasmi parti ditentukan.
Saya rasa untuk konteks Melaka, MT Umno akan meneruskan kerjasama dengan PN bagi mengelakkan 3 penjuru.
Sebelum ini saya menulis mengenai Pas. Saya ingin lihat sama ada pimpinan Pas pada waktu ni jenis suka memimpin atau jenis suka jadi pak turut. Nampaknya Pas masih selesa menjadi pak turut.
Sepatutnya Pas kena menjadikan PRN Melaka sebagai asas untuk menekan kerajaan pusat supaya segera mengharamkan arak dan judi, memberi peruntukan besar pada sekolah tahfiz dan mengharamkan Dong Zong dengan DAP.
Nampaknya pimpinan Pas lebih seronok berzumba dari mengota apa yang dikata selama ini.
Saya fikir rakyat sudah boleh nampak wajah sebenar pimpinan Pas yang selama ni tersembunyi di sebalik jubah dan kopiah mereka.
Bukan setakat wajah sebenar Pas tapi rakyat juga sudah nampak bagaimana wajah pimpinan Umno pada masa kini yang hanya mengutamakan diri mereka sendiri daripada kebajikan rakyat dan generasi masa depan.
Jauh sangat dah tersimpang cara pimpinan Umno sekarang dengan pimpinan Umno dulu-dulu.
Sama ada PRN atau darurat, yang pasti rakyatlah yang berkuasa untuk menentukan hala tuju negeri dan negara ini setiap 5 tahun sekali.