Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan bahawa Program Selangor Vaksin (SelVAX) akan diteruskan di klinik-klinik Selcare dan panel Selcare.
Menerusi satu kenyataan dari Pejabat Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, program berkenaan akan diteruskan bagi memastikan tiada warga Selangor yang tercicir dari program vaksinasi.
Program tersebut terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara, mereka yang berumur 12 tahun ke atas, masih belum menerima temu janji vaksinasi dos pertama, atau penerima SelVAX yang terlepas temu janji dos kedua
Untuk individu yang mahu mendapatkan vaksinasi di klinik-klinik dan panel Selcare, perlu membawa kad pengenalan diri dan slot adalah terhad.
Selangor juga menyediakan kod baucar bagi rakyat Selangor yang boleh diperolehi dari poster yang dikongsi di Facebook Dr Siti Mariah.
