“Punyalah nak perhatian, isteri aku siap mengaku dia ‘childfree’ sedangkan kami ada anak 3…”

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ramai mencipta personaliti khas buat media sosial agar dapat meraih perhatian ramai.

Entah apa yang dicari sehingga sanggup buat cerita dan berselindung disebalik media sosial dan profile yang sengaja diletak sebagai ‘private’.

Seorang lelaki terpaksa menahan malu dengan sikap isteri yang gemar mereka cerita di media sosial untuk raih perhatian netizen.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian, IIUMC.

Saya adalah seorang penjawat awam berumur awal 30 dan sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

Isteri saya tidak bekerja dan sudah pulang tinggal bersama keluarga saya di negeri P. Saya bekerja di negeri K. Masa saya banyak dihabiskan dengan kerja. Dengan sentiasa oncall, locum dan sebagainya.

Saya memang tidak sempat buka media sosial dan baru-baru ini kawan saya ada menghantar tangkap layar komen isteri saya dimana-mana page, profile Facebook orang yang entah siapa.

Sudahlah menggunakan nama penuh, dp profile ada wajah saya sekali tapi dia ‘locked profile’.

Dia gemar membuat komen di akaun influencer agak terkenal dan mengelarkan lelaki itu abang. Influencer itu tidak layan dia pun tapi dia masih tetap menempel di situ.

Baru-baru ini ada sahabat bagi tangkap layar isteri saya komen mengenai ‘child free’ dan dia mengaku kononnya dia mengamalkan child free walhal anak kami dah 3 orang.

Belum lagi isteri saya komen yang kononnya dia wanita bekerjaya. Kerja yang pelbagai mengikut situasi isu yang digosipkan.

Bayangkan, sekejap jadi engineer, kejap jadi inspektor kesihatan, kejap jadi manager kilang, pakar pemakanan, pakar pediatrik, ejen insurance dan entah bermacam lagi jenis pekerjaan.

Pernah tu dia bergaduh dengan mat ‘rempit’ terus lepas tu dia komen dia bekas ‘rempit’, konon saudara mara ramai jadi ratu cantik zaman dahulu kala, pernah jadi jurulatih sukan bergaduh di gym,

Walhal isteri saya ni kerjanya hanyalah makan dan main phone sahaja dan mempunyai berat hampir 85kg.

Tergamak dia menipu di FB kononnya aktiviti wajib hari-hari adalah jogging hampir 7.5km setiap hari.

Siap menipu berat dia 60kg dengan ketinggian 162cm walhal itu semua dusta belaka. Saya tak tahu apa yang dia buat. Isteri saya memang tiada kawan di dunia luar kerana perangai dia yang sebegitu.

Bila saya suruh kurangkan menjadi ‘delusional’, dia marah. Dia cakap di media sosial tak apa nak menipu sekali sekala, bukan orang tahu pun.

Saya jadi malu kerana sedikit sebanyak nama saya terpalit sama. Yang paling jelik, dia juga gigih berkawan dengan akaun yang pelik. Sama-sama join mencerca netizen lain.

Baca juga: Mentua pilih kasih, menantu pakai Saga parking bawah pokok, Vellfire bawah garaj