Puteri Sarah dituduh tak hormat edah, sekali Yusof Haslam ‘back-up’, “apa masalahnya kalau nak nampak kemas?”

Oleh KIM SYAZIE

Selepas hampir sebulan Puteri Sarah Liyana bercerai dengan Syamsul Yusof, dia dikecam netizen yang “prihatin” dengan soal edah aktres itu.

Puteri Sarah dituduh tidak menghormati tempoh edah selepas bercerai pada 14 Jun yang lalu susulan beberapa gambar mesra dimuat naik pelakon drama Andai Itu Takdirnya di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan bapa mentuanya Datuk Yusof Haslam mempertahankan menantunya itu adalah satu perkara yang tepat.

Yusof menyifatkan menantunya itu wajar untuk tampil cantik dan bergaya meskipun masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Syamsul.

Yusof yang digelar ‘The Six Million Dollar Man’ itu berpendapat, ia bukanlah satu isu buat menantunya yang kini perlu bekerja dan mencari rezeki selepas bercerai.

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita.

“Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab,” katanya memetik Harian Metro

Ditanya kekerapan bertemu dua cucunya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, penerbit drama Gerak Khas itu berkata, beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail juga menghormati masa kerja Sarah yang sibuk dengan jadual penggambaran

“Walaupun jarang bertemu dengan kedua cucu, Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail sangat memahami dengan jadual Sarah yang sibuk dengan penggambaran.

“Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami

.”Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit filem Sembilu itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah dan Syamsul dalam mengecap kebahagiaan meskipun sudah berpisah.

Baca juga: Sibuk betulkan ‘grammar’ teman lelaki member, siap gelak, wanita jadi bahan kecaman