Padanlah orang Cina cepat kaya, ini rahsia simpan duit yang diamalkan turun temurun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang pempengaruh kewangan yang dikenali sebagai Afham Yusof telah berjaya mencuri tumpuan selepas mendedahkan satu ‘rahsia’ masyarakat Cina.

Afham yang juga merupakan pencipta kandungan di platform Youtube itu berkata, rahsia tersebut telah mempengaruhi kaum Cina dalam menguruskan perbelanjaan mereka.

Perkara tersebut dibongkarkan oleh rakan Afham dikenali sebagai Sean yang berjaya menyimpan wang sebanyak 50 peratus daripada gaji diterimanya pada setiap bulan.

Menurut Afham, Sean menjelaskan kepadanya bahawa masyarakat Cina mempunyai tiga prinsip kewangan yang menjadi panduan untuk menyimpan duit dengan betul.

1. Tidak suka kumpul barang kemas

Orang Cina dikatakan suka membeli emas untuk kegunaan kecemasan berbanding barangan kemas yang sering dipakaikan di tubuh badan untuk menunjuk-nunjuk.

Baca Artikel Penuh