Rakyat Malaysia terkejut imam masjid luar negara rupanya orang Kelantan

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila melancong ke luar negara, khususnya dalam kalangan umat Islam, kunjungan ke masjid atau rumah ibadah setempat sering menjadi antara agenda utama.

Namun siapa sangka, pengalaman tersebut boleh bertukar menjadi detik mengejutkan dan mencuit hati.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki dari Malaysia apabila dia mendapati imam di sebuah masjid di luar negara rupa-rupanya berasal dari tanah air sendiri.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Hatimie Attief, rakaman video menunjukkan pemilik video menegur imam tersebut sebelum solat dimulakan dengan bertanya dari mana asalnya.

“Ustaz, ustaz dari mana ustaz?” soalnya.

Tanpa disangka, imam berkenaan menjawab ringkas, “Saya dari Kelantan.”

Perkongsian itu turut disertakan dengan nada berseloroh apabila pemilik video meluahkan rasa terkejut kerana dia tidak menyangkan bahawa imam adalah senegeara dengannya.

“Merata-rata saya sembahyang, imam masjid pun orang Kelantan,” tulisnya.

Suasana menjadi lebih santai apabila pemilik video sempat bergurau dengan bertanya sama ada imam tersebut sudah menikmati budu, makanan ikonik negeri Pantai Timur itu.

Jawapan imam yang bersahaja, mengatakan dia sudah kenyang, mencetuskan senyuman dan reaksi lucu dalam kalangan warganet.

Perkongsian berkenaan nyata menghiburkan ramai, sekali gus membuktikan bahawa dunia ini sebenarnya kecil, dan rakyat Malaysia boleh ditemui di mana-mana sahaja.

“Kelantan ada segala-galanya, apa sahaja yang dicari pasti ada. Ke tempat yang orang lain tidak suka pergi, orang Kelantan tetap pergi dengan baik. Asalkan rezeki itu halal.

“Sejujurnya, orang Kelantan memang hebat. Ramai anak Kelantan yang berjaya dalam pelbagai bidang di luar sana. Di pusat pengajian tinggi juga memang ramai anak-anak Kelantan. Tidak hairanlah orang Kelantan sanggup merantau jauh.

“Untung la duduk China tak ada kempen igak (tangkap) orang Kelantan,” antara komen pengguna Facebook.

Baca juga: Ibu luah rasa bahagia timang cucu, Aisyah Aziz selamat lahirkan cahaya mata sulung?