Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus memberi kelegaan kepada golongan selepas seorang anak meluahkan rasa syukur apabila ibunya menerima bantuan berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @syukqrie190 menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas ibunya yang merupakan ibu tunggal menerima bantuan SARA MADANI secara bulanan.
“Terima kasih PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim wujudkan Program Bantuan SARA MADANI bulanan buat ibu tunggal macam mak saya. Alhamdulillah, harga barangan asas semua terkawal. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, termasuk mereka yang mengakui gembira melihat bantuan kerajaan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Seorang pengguna berkata, dia berasa lega apabila mengetahui sumbangan cukai yang dibayar dapat dimanfaatkan oleh penerima yang menghargai bantuan tersebut.
“Terima kasih sebab anda bersyukur. Kami yang mungkin ada sumbangan yang sangat sedikit dari segi cukai dan lain-lain lega dan halalkan jika penerima tahu rasa bersyukur,” katanya.
Membalas komen itu, pemilik hantaran bersyukurkerajaan ketika ini menyediakan pelbagai bentuk bantuan bersasar kepada golongan B40, termasuk SARA, ECOSS dan BUDI MADANI.
Selain itu, seorang lagi pengguna memaklumkan bapanya yang merupakan warga emas berusia lebih 60 tahun turut menerima bantuan berkenaan.
“Ayah saya warga emas umur atas 60 pun dapat. Alhamdulillah. Terima kasih PMX,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna lain yang tidak menerima bantuan berkenaan berkata dia tetap bersyukur melihat dana kerajaan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.
“Alhamdulillah walaupun saya tak dapat, tumpang gembira dana kerajaan disalur dengan betul. RM100 sebulan untuk golongan susah sangat membantu beli barang dapur,” katanya.