“Rambut panjang tak masuk neraka kau tahu” – Bapa berang anak sekolah swasta kena potong rambut

Oleh MALAYSIADATELINE

Setiap sekolah baik kerajaan atau swasta ada peraturan yang pelajar perlu ikuti bukannya bayar lebih maka anak boleh buat perangai.

Tular seorang bapa yang berang apabila rambut anak dipotong ustaz tanpa kebenarannya namun kata-katanya itu menaikkan kemarahan netizen.

Seorang pengguna X @@ricxxxkiddo memuat naik video rakaman litar tertutup dan terlihat seorang individu yang meninggikan suara kepada individu lain.

Dalam rakaman tersebut si bapa mempersoal guru yang memotong rambut anaknya dan tidak berpuas hati kerana itu adalah sekolah swasta.

“Yang kau usik ini bukan anak binatang kau tahu, anak aku kau faham. Rambut panjang tak masuk neraka kau tahu tak!

“Rasulullah SAW rambut panjang macam mana, kalau kau tak nak sakit dengan aku, kau pergi panggil anak kau

“Eh aku bukan tak pernah sekolah, cikgu aku tak pernah potong rambut serapat macam ni. Apa guna aku sekolah swasta,” ujar lelaki tersebut dalam rakaman itu.

Rata-rata netizen menasihatkan lelaki tersebut untuk memberhentikan anaknya dan ajar sahaja di rumah malah ada yang menegaskan bahawa semua sekolah ada peraturannya.

“Seluar sendiri pendek, ‘homeschool’ sahaja anak. Tak perlu bazir duit ikut peraturan dekat dunia. Biar anak kau duduk bawah ketiak sampai tua.

“Dah kalau bapa tu jenis tak sekolah tak tahu peraturan sekolah, jangan lah pula dibawa sampai ke anak cucu.

“Memang lah tak masuk neraka kalau rambut panjang. Habis yang pakcik terjerit-jerit marah orang tu boleh masuk syurga ke?

“Berhentikan je budak tu. Selesai masalah. Pandai-pandai lah bapa dia cari sekolah yang boleh rambut panjang. Simpan pun tak guna,” antara komen netizen.

Baca juga: “Selamat jalan ‘unsung hero’”, mangsa sempat beri bantuan sebelum dihanyut arus banjir