Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon didakwa tidak layak untuk mengendalikan sidang Dewan Rakyat kerana dia bukan jenis manusia yang mematuhi peraturan.
Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara N Rayer ketika bangun dalam sidang hari ini sebaik sahaja Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai berucap meminta Rashid tidak mempengerusikan sidang hari ini kerana dia tidak layak.

“Kalau luar Dewan pun dia langgar peraturan, macamana dia akan patuhi peraturan dalam sidang Dewan Rakyat,” kata Rayer dengan disambut tepukan gemuruh ahli Parlimen.
Rashid mengambil alih tugas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun selepas beliau marah-marah dan bertengkar dengan ahli Parlimen dari pembangkang.
Sebelum ini, Rashid mengaku beliau telah melanggar SOP apabila mengadakan Pesta Durian di kawasan Parlimen beliau walaupun pada awalnya beliau menafikan ia diadakan semasa PKP.