Rumah di tepi lebuhraya utama ELITE ini tiba-tiba menjadi perhatian warganet apabila jarak parking ke rumah penduduk menjadi bualan.
Setiap kereta yang lalu pasti ‘melopong’ melihat pergerakan penduduk di dalamnya. Malah ada yang berceloteh, “dah tak perlu ke gymnasium macam ni, berjalan hari-hari dari rumah ke taman permainan sahaja sudah cukup”.
Mana tidaknya, jika dikira jarak rumah nak ke taman permainannya boleh mencapai jarak 1KM jika dilihat pada pandangan mata kasar.
Kawasan Pangsapuri Idaman BSP di Bandar Saujana Putra ini menjadi tular di media sosial. Dengan harga mampu milik bermula RM234,000, unit ini mempunyai keluasan 1022 kaki persegi.
Tetapi, rupa bentuk rekaannya yang memanjang melintang seperti telah mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Salah satu keluhan utama yang muncul dalam komen adalah isu tempat letak kereta yang jauh daripada unit penghuni, terutamanya untuk penghuni yang berada di hujung blok.
Ada yang bergurau, tinggal di Pangsapuri Idaman BSP boleh “kurus dalam sebulan” kerana jarak berjalan kaki dari tempat letak kereta ke unit kediaman boleh jadi jauh.
Baca: Penduduk kampung kaya raya selepas bilionair bagi wang tunai RM6,000 seorang