Resipi mentua bawa tuah, wanita di Sarawak ini berjaya ubah hidup dengan pendapatan cecah RM200K sebulan

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan wanita berasal dari Kuching, Sarawak ini tidak pernah menyangka produk kudapan pedas berasaskan emping jagung yang diambil dari resipi mentua, mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

Bermula dengan mengedar sampel secara percuma dan hanya menjual pek mini di kantin sekolah, Nurul Arfiqah Ali tidak terbayang bahawa ia akan menjadi punca pendapatan terbesar yang mengubah kehidupannya.

Menurut Bernama, usahawan berusia 33 tahun itu berjaya memperoleh nilai jualan mencecah RM200,000 dengan hampir 10,000 balang terjual pada bulan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Krismas.

“Kalau bukan musim perayaan boleh cecah 6,000 balang sebulan… Sekiranya permintaan pelanggan meningkat macam Hari Raya, Gawai dan dapat tempahan untuk majlis, kita akan ada lebih banyak pekerja (untuk siapkan pesanan),” katanya memetik laporan Bernama.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, disebabkan permintaan tinggi terhadap produk kudapannya itu, Nurul Arfiqah mengupah kaum wanita di kampungnya seperti ibu tunggal, suri rumah serta pelajar sekolah bagi membantunya menyiapkan pesanan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

“Memang saya ambil wanita dari Kampung Senari untuk menolong saya dari proses memasak sehingga pembungkusan, melibatkan syif siang iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang. Sekiranya banyak pesanan masuk, kita ada syif malam juga iaitu 7.30 malam hingga 2 pagi,” katanya.

Baca Artikel Penuh