“Bajet Rahmah kali kontraktor dia”, netizen terhibur tengok saiz bonggol di Sabah yang sangat kecil 

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian seorang pengguna Facebook berkenaan saiz bonggol jalan yang pelik di Kota Kinabalu Sabah, menarik perhatian ramai.

Hantaran dimuat naik pengguna Fariz Dzin itu memaparkan bentuk bonggol yang terlalu kecil dan saiznya pendek tidak seperti kebiasaan.

Dia sendiri ternyata hairan mengapa bonggol sekecil itu dibina pada laluan tersebut.

“I don’t understand, why they put just sekelumit bonggol there…,” demikian kapsyen pada Facebook individu itu yang kemudian mengundang rasa geli hati ramai.

Perkongsiannya sehingga kini mendapat hampir 2,000 tanda suka dengan lebih 1,000 perkongsian.

Bonggol laju (speed bump) itu dipercayai dipasang berdekatan sebuah pusat beli belah di kota itu.

Baca Artikel Penuh