Semakin banyak taktik penipuan terbaru dalam talian dikesan, kini mereka menyasarkan penghantar makanan atau rider dan kawasan hospital sebagi lokasi penghantaran.
Dalam modus operandi terbaru, ‘scammer’ akan menggunakan khidmat rider untuk menghantar makanan ke hospital dengan kaedah pembayaran secara tunai.
Menurut Kosmo! Online ada beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman menerima pesanan penghantaran sedemikian daripada pelanggan.
Apabila rider menerima pesanan mereka akan menghubungi penghantar untuk membelikan barangan tambahan, malah berjanji akan beri upah lumayan.
“Saya nak minta tolong belikan barang tambahan boleh? Nanti saya bagi ‘tip’ lebih,” katanya.
Penghantar makanan tersebut berkongsi pelanggan itu memesan sebungkus nasi goreng untuk dihaantar ke sebuah hospital di Puchong.
Seorang lagi rider berkongsin bahawa pelanggannya meminta bantuan memberli PIN Touch N’ Go sebanyak RM50 berserta dua kotak susu ke hospital Selayang.
“Tunggu 20 minit, (pelanggan) tidak muncul-muncul. Bila call (hubungi) tidak diangkat. Nak tinggalkan makanan, bayar guna cash (tunai).
“Dasar ‘scammer’ (penipu). Mujur tak belikan Touch N’ Go kalau tak lebur RM50,” kongsinya.
Kebanyakan penghantar barang memaklumkan mereka membuat laporan kepada pihak syarikat pengendali untuk mendapatkan ganti rugi.
Baca juga: Warung burger Ramly di Malaysia jadi bualan mat saleh di sosial media