Siapa sahaja tidak terkejut jika memandu pada waku malam dan terlihat kelibat seperti pocong duduk di atas papan iklan.
Pastinya tak akan terdetik itu hanya patung, mungkin boleh dibawa ke mimpi apabila melihat iklan tersebut.
Tular di media sosial indonesia, kelibat pocong yang duduk di atas papan iklan di tepi jalan hingga menjadi bualan ramai kerana terlalu seram.

Menurut Detik.com, video berdurasi 21 saat itu dirakam di Jalan Guntur, Garut, dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia pada waktu malam.
“Berduaan tanpa mahram? Yang ketiganya adalah Jin”, ayat dalam iklan tersebut.
Kalau dilihat sekali lalu pastinya nampak pocong, tapi mesti msuykil kenapa dia hanya kaku dan tidak bergerak.
Lembaga itu jelas kelihatan seperti pocong, namun ia langsung tidak bergerak, di waktu malam juga tak terlihat warna kain kafan itu.
Tidak mahu menakutkan penduduk dan pengguna jalan raya, Ketua Bahagian Sumber Manusia Polis Perbandaran Garut, Tubagus Agus Sofyan tampil menjelaskan isuna.
Menurutnya pocong yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah patung yang dipasang untuk promosi iklan.
“Benar (imej pocong) tetapi ia bukan hantu. Itu hanya patung.
“Menurut penduduk setempat, ia adalah promosi iklan,” katanya.
Rata-rata warganet kagum dengan teknik pemasaran yang dilakukan mereka dan menyangka ia adalah pocong sebenar.
“Hebar betul yang buat poster ini, teknik marketing sangat mantap!
“Lah! Ingatkab betul-betul dia (pocong) santai-santai duduk situ cari angin,” antara komen warganet.