Salah minum boleh sebabkan sakit perut! Ini caranya nak bezakan ais guna air paip atau air masak

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai tertanya-tanya adakah ais di kedai makan di masak atau sekadar air paip sahaja, kerana ia mampu menyebabkan masalah kesihatan pada diri.

AIr paip mengandungi bakteria Escherichia Coli (E.coli) yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Dalam kes yang sangat teruk, ia boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua.

Bagi mereka yang sering menjaga kesihatan atau baru belajar untuk gaya hidup lebih sihat, ini cara mudah untuk bezakan ais.

Ais mentah

Pertama sekali adalah perhatikan warna ais. Ais daripada air paip berwarna putih kerana masih banyak gas terperangkap di dalamnya.

Ais jenis ini tidak sesuai diminum dan selalunya digunakan untuk menyejukan lauk mentah di pasaraya.

Ais daripada air masak

ais batu

Ais yang diperbuat daripada air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air sudah keluar ketika proses merebus air.

Biasanya air seperti ini disebut ais kristal yang kini sudah banyak digunakan. Biasanya ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.

Senang rupanya nak bezakan ais, lepas ini kalau dah tahu elakkan minum di kedai tersebut, lebih baik kalau hanya makan dan bawa minuman seperti air mineral sahaja.

Baca juga: “Abang aku pinjam duit bila ayah minta balik, macam-macam alasan bagi, kakak ipar pula marah sebab ingat ayah mengemis duit…”