Sambut hari jadi sampai ‘ponteng’ dua hari, netizen anggap alasan ibu bapa bagi merepek

Oleh MAISARAH AISYA

Agak jarang untuk murid dapat hadir ke sekolah 100 peratus kerana ada masa mereka perlu ponteng akibat sakit atau kecemasan seperti kematian keluarga.

Dulu ibu bapa hantar surat rasmi, kini alasan ketidakhadiran boleh dimaklumkan lebih mudah melalui mesej dalam talian.

Ada juga pelajar yang menggunakan alasan sakit ringan seperti pening kepala atau malas bangun pagi semata-mata untuk ponteng.

Tular satu tangkapan skrin perbualan yang didakwa berlaku antara guru dan ibu bapa selepas diminta menjelaskan alasan tidak hadir ke sekolah.

Mesej tersebut memaklumkan anaknya tidak hadir selama dua hari atas alasan menyambut hari lahir.

May be an image of text that says "MURID TIDAK HADIR (14/08/2025-Khamis) -sambut hari jadi Ni utk utkhı hr ni juga ke.. ke...semlm dah sambut hr jadi 12:21 PM Iya Iya2hari 2 hari 12:21 o Lps ni tak blh mcm ni lg... lg...dlm dlm sistem tak ada sambutan hr jd 12:22"

Rata-rata netizen juga tidak senang akan sikap ibu bapa yang dilihat lepas tangan soal ketidakhadiran anak ke sekolah.

“Merepek-repek mak-mak sekarang pun. Apa sambut hari jadi sampai cuti sekolah. Kita ni tunggu juga Sabtu Ahad, biarlah terlepas atau terawal pun, janji buat Sabtu Ahad tak kacau hari sekolah.

“Merepek-repek je alasan ibu bapa zaman sekarang, kalau dalam kelas anak saya, alasan ‘anak terlambat bangun atau kejut anak tak nak bangun’ pun ada.

“Ramai cikgu jadi mangsa sekarang, nak melayan mak bapa yang macam-macam ragamnya.

“Saya pernah mengajar tuisyen murid sekolah rendah, sedih betul. Mak ayah pensyarah universiti, tapi pelajaran anak, tak kira subjek, semuanya gagal. Inilah puncanya agaknya, terlalu memanjakan anak,” antara komen netizen.

Baca juga: JIPS Bukit Aman hantar pasukan ke Sabah, siasat 3 pegawai berhubung kes Zara Qairina