Dikala usia semakin bertambah, proses nak turunkan berat juga makin sukar apatah lagi jika tidak konsisten.
Maka jangan terkejut jika seseorang itu turun berat badan atas usaha yang sudah mereka lakukan untuk menjaga kesihatan.
Turun 4 kilogram daripada 67 kilogram (kg) kini 63 kg, penyampai radio Kool 101, Haiza mendengar nasihat untuk tidak terlalu kurus lapor Berita Harian.
Ujarnya dia meletakkan sasaran 60 kilogram namun disebabkan faktor usia, dia mendapat saranan untuk tidak turun berat secara mendadak.
“Kalau turun banyak sangat, takut muka saya kecut. Sekarang, Alhamdulillah saya rasa lebih sihat, lagipun saya sudah lalui turun naik dalam industri ini, jadi rasanya kena buat sesuatu supaya perjalanan saya sebagai anak seni genap 30 tahun ini, tak sia-sia.
“Saya berharap karier dalam bidang seni bersambung, jadi saya kena usaha. Namun, bagi selebriti lain mengambil jalan pintas, itu pilihan mereka, mungkin sebab faktor kesihatan.
“Saya pegang kata-kata Allahyarham Rohana Jalil menasihatkan agar saya tidak melakukan apa-apa pada muka dan badan.
“Jangan buat pembedahan potong usus atau sebagainya. Kena hargai nikmat Allah,” katanya seperti dipetik BH Online.
Jelas wanita berusia 45 tahun itu dia menyasarkan 10,000 langkah setiap hari namun mengakui sukar untuk menurunkan berat badan.
“Jadi, saya ambil cabaran banyakkan melangkah setiap hari. Saya sasarkan 10,000 langkah setiap hari. Tapi, saya akui nak menurunkan berat badan tak mudah sebab saya berlawan dengan mental.
“Suami seorang ahli sukan memang menyokong saya, tapi dengan dia pun saya boleh bercakar. Bila penat bekerja, saya tak larat nak keluar ‘jogging’.
“Ada suara yang katakan nak kecilkan badan buat apa, tapi orang tak tahu kita bergelut dengan apa,” katanya.
Kongsinya juga dia tidak mungkin mengambil tawaran untuk promosi produk pelangsingan badan sebaliknya mahu berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat.
Baca juga: Digelar pelawak profesional, ini jawapan pedas Afdlin kepada Rafizi