Dalam kalangan selebriti juga ada individu jelas menunjukan rasa tidak suka terhadap rakan dari industri yang sama.
Begitu juga buat Ayda Jebat yang akui terkejut dipulaukan segelintir artis tanpa sebab munasabah.
Menurut Kosmo! Online, Ayda tidak menjadikan isu tersebut sebagai halangan untuk dia terus berbuat baik dengan semua orang.
“Bagi pendapat saya, bukan dalam pertandingan ini sahaja tetapi di luar juga saya akan cuba sedaya upaya untuk berlaku baik dengan semua orang, pendek kata, saya sokong semua orang.
“Kalau ada mana-mana artis yang tidak senang, tak puas hati atau tak suka dengan saya, saya tak boleh nak buat apa, saya tidak boleh puaskan hati semua orang.
“Hakikat menjadi manusia, kita buat baik mana pun, pasti ada orang yang tidak suka kita,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Ayda memaklumkan dia akan menyokong semua rakan artis namun tidak memaksa mereka untuk menyukainya tambah dalam rancangan yang disertai.
“Untuk pertandingan ini pula, mesti kita akan rasa tercabar dengan semua orang tapi saya sudah lama dalam industri, saya faham perjalanan setiap program itu macam mana.
“Siapa yang bagus kita bangga, siapa yang kurang bagus kita sokong dan berikan motivasi. Saya dan suami pun ada jumpa artis lain dalam program ini dan berikan semangat.
“Tapi macam saya cakap tadi, saya tiada hak untuk menghalang orang benci saya, pada saya, saya selesa dengan semua artis,” tambahnya.
Baca juga: Gara-gara tudung, suami maklum ‘follower’ Daphne Iking makin berkurang, siap dapat DM nak ‘unfollow’