Sayang awak 2%, KWSP perkenal caruman terbaru khusus buat isteri

Oleh KIM SYAZIE

Suami yang mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh menyalurkan dua peratus dari caruman mereka kepada isteri.

Diberi nama i-Sayang, inisiatif itu diperkenalkan KWSP dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif ini akan menggalakkan rakyat untuk menabung dana pesaraan mereka.

i-Sayang juga memberi manfaat kepada mereka khususnya isteri yang tidak mempunyai skim keselamatan sosial formal.

“Mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.

“Seterusnya, isteri juga memperoleh akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,” katanya.

Baca Artikel Penuh