Satu rakaman menyayat hati yang memaparkan seorang ayah memeluk erat anak gadisnya tular di media sosial baru-baru ini.
Berjaya menarik perhatian orang ramai, lelaki itu sebenarnya adalah seorang tahanan di sebuah penjara di Jambi, Indonesia.
Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, lelaki yang bernama Aceng itu tekun melayani keletah manja anak gadisnya.
“Cinta pertamanya anak perempuan,” tulis kapsyen video yang dimuat naik oleh pengguna yang bernama @undercover.id melalui laman Instagram.
Kedua beranak itu dikatakan hanya berkomunikasi di sebalik tirai besi sebelum kakitangan penjara membenarkan anak Aceng untuk masuk ke dalam.
Difahamkan, salah seorang kaktitangan tersebut merasa simpati dan memutuskan untuk membuka pintu sel Aceng buat sementara waktu.
Namun begitu, akaun tersebut tidak memberi maklumat lanjut mengenai situasi sebenar atau kesalahan bapa tersebut.
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut meluahkan rasa terharu mereka dengan gelagat bapa dan anak gadisnya itu.
Seperti babak dalam sebuah filem, rakaman itu telah berjaya menimbulkan perasaan simpati penonton terhadap banduan tersebut.
“Mungkin dia gagal menjadi orang baik, tetapi dia tidak gagal menjadi ayah,” tulis seorang pengguna.
“Seperti filem tapi bukan filem.” Komen penggua lain yang terharu melihat rakaman tersebut.
Baca juga: Pakai jubah lusuh tapi bayar zakat RM1 juta, amil terkejut, ingatkan fakir miskin