Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun harus menjelaskan bagaimanakah pihak SPRM dan SC boleh menyiasat dengan betul antara satu sama lain terutamanya apabila siasatan berkenaan melibatkan pegawai tertinggi di kedua-dua institusi yang mana aduan telah dibuat ke atas mereka.
Pada 6 Januari, telah dilaporkan bahawa SC akan berhubung dengan Ketua SPRM Azam Baki berikut dakwaan yang melibatkan saham tertentu.
Pada 11 Januari pula, dilaporkan bahawa SPRM telah menerima aduan berkenaan individu tertentu dalam pengurusan tinggi dan lembaga pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Kelihatan seolah-olah SC dan SPRM sedang menyiasat individu dalam institusi itu antara satu sama lain pada ketika ini.
Peguam Negara mesti menyatakan sama ada wujudnya konflik atau kemungkinan siasatan akan dikompromikan atau dilihat sebagai dikompromikan dalam keadaan sedemikian.
Azam kekal sebagai ketua SPRM. Seksyen 5 Akta menyatakan bahawa ketua SPRM bertanggungjawab ke atas arahan, kawalan dan penyeliaan semua perkara yang berkaitan dengan suruhanjaya itu.
Laporan terhadap SC merujuk kepada individu dalam pengurusan tinggi dan lembaga pengarah dalam SC. Adakah mereka mempunyai hak untuk menyatakan bagaimana siasatan dijalankan di SC?
Adakah Peguam Negara berpendapat bahawa siasatan dalam keadaan sedemikian adalah wajar dan menyakinkan?
Dia mesti juga menerima bahawa sekiranya sesuatu kes diteruskan ke mahkamah sebagai akibat daripada penyiasatan ini, isu yang berkaitan dengan konflik dan kompromi juga boleh timbul yang mungkin ada kesan terhadap perbicaraan itu.
Peguam Negara mesti bersuara dan menjelaskan perihal ini. Adakah ini wajar dan jika tidak, apa yang telah beliau lakukan berurusan dengannya?