Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri apatah lagi buat yang bekerja di offshore, pastinya ada pelbagai situasi yang mencemaskan buat mereka.
Sudahlah cuaca tidak menentu, ada masa bencana seperti gempa bumi turut dirasai mereka yang berada di tengah lautan.
Satu video dikongsi oleh pengguna, @jojisaki mengenai situasi pekerja dalam kapal yang sedang dilanda ombak kuat hingga terasa seperti gempa bumi.
“Situasi gempa bumi didalam kapal ,” tulis Azmi Mohamad dalam ruangan kapsyen.
Dapat dilihat makanan sudah bertaburan malah ada sesetengah pekerja yang hilang imbangan dan terjatuh.
Walaupun bedepan situasi tersebut, mereka masih mampu tergelak dan tidak panik, netizen pula yang risau lebih.
“Satu-satunya gempa bumi tetapi orangnya ketawa sakan,” koemn Cik Siba.
“Mula rasa macam takut, tapi dengar bro (pekerja) tu gelak, terus rasa nak gelak,” tambah pengguna lain.
Bagaimanapun pemilik video tampil memaklumkan bahawa mereka bukan dilanda gempa bum tetapi hanya ombak kuat dan angin kencang.
Baca juga: Tiada wang simpanan, isteri Hafidz Roshdi susah hati disaman ‘penyondol’