Produk keluaran Ramly antara pilihan utama rakyat Malaysia dalam kategori makanan sejuk beku kerana menawarkan pelbagai rangkaian produk pada harga berpatutan.
Menerusi satu hantaran di Threads, satu perkongsian di oleh akaun berkaitan Ramly menarik perhatian ramai selepas mendedahkan kelebihan memiliki kad ahli pada harga RM5 sahaja untuk seumur hidup.
Menerusi hantaran dimuat naik, pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli kerana kad berkenaan menawarkan harga istimewa bagi beberapa produk tertentu berbanding harga biasa.
“Min nak bagitau. Buatlah Kad Ahli. Sebab bila ada kad ahli ni, kita boleh jimat sangat banyak dengan bayaran RM5 sahaja seumur hidup.
“Sangat berbaloi sebab tak ada tarikh luput. Kad ini juga boleh digunakan diseluruh cawangan Ramly di Malaysia.
“Ingat, kad Ramly ni hanya boleh digunakan di cawangan Ramly sahaja. Satu keluarga boleh guna kad ni sebab ada no dibelakang kad tu.
Bagi pelanggan yang ingin mendaftar, mereka hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan berhampiran dan memaklumkan kepada juruwang untuk membuat kad ahli.
Perkongsian itu turut memberi contoh penjimatan harga bagi produk nugget tempura, di mana harga biasa tanpa kad adalah sekitar RM18.40, manakala ahli boleh mendapatkannya pada harga RM16.
Menurut perkongsian itu lagi, perbezaan harga tersebut dilihat mampu memberi penjimatan lebih besar terutama bagi pelanggan yang membeli dalam kuantiti banyak.
Baca juga: Ahli politik Indonesia ‘sound’ pemerintah kenapa KTP mereka tak secanggih MyKad