“Selama ini kau dapat diesel ‘free’ ke” – Netizen sekolahkan YB Viral

Oleh MAISARAH AISYA

Masih bermain dengan isu penyasaran subsidi diesel, ramai dilihat masih tidak memahami konsep yang diketengahkan kerajaan.

Lebih susah apabila ada sesetengah pihak tak habis menggunakan isu ini sebagai alat politik untuk menarik penyokong.

Tular satu gambar dari Jabatan Penerangan Pas Pusat dan Harakah mengenai ayat yang dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai YB Viral.

Menurut YB Viral, ada seseorang yang berkongsi luahan tentang isu penyasaran subsidi diesel.

“Saya peniaga pasar malam. Saya ada dua kenderaan. Pendapatan saya RM5000 sahaja sebulan. Saya ada 4WD (kenderaan pacuan empat roda), satu lagi van buruk.”

“Dia pakai RM500 ke 600 diesel sebulan untuk dua kenderaan.

“Sekarang, saya kena bayar RM720, saya dapat RM200 daripada kerajaan. Mana saya nak korek lagi RM500?” luah pengadu kepada YB Viral.

Netizen bagaimanapun pelik dengan masalah itu, seolah-olah selama ini pengadu tersebut mahu mengisi minyak diesel secara percuma.

“Dulu bayar RM500-600. Sekarang bayar RM720. Kerajaan bagi RM200. Mana lagi RM500? Selama ini kau dapat Diesel ‘free’ ke gampang?

“Walaun ni macam manalah meniaga. Mengira pun tak reti. Mesti tak tahu untung rugi. Cuma mesti hujung bulan dia hairan kenapa ada lebihan wang.

“Kalau lagi RM500 tu kerajaan bagi juga maksudnya tu minyak free. Hahahaha apa laa bodohnya mereka ni,”

“Memang dah tak ada talent ke dalam Pas? Orang macam ni dikutipnya,” antara komen netizen.

Baca juga: ‘Abang baju oren’ ubat rindu peminat, tampil dengan lagu Panggilan Haji versi baharu