Di sebalik sebutannya yang kadangkala kedengaran agak “pelat” di halwa telinga kita, rupa-rupanya Maryam DurianKimchi sangat berbakat dalam bidang nyanyian.
Baru-baru ini, Maryam menjadi sorotan media selepas tular satu video di laman TikTok milik @duriankimchi_fc yang meraih perhatian ramai.
Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, 158 ribu tanda suka dan komen lebih 3 ribu.
Mana tidaknya, Maryam ketika itu yang dilihat berada dalam bilik rakaman, sedang membawakan lagu Marsha Milan berjudul Cinta.
Lagu berkenaan memerlukan banyak nyanyian-nyanyian tinggi atau “high pitch”.
Apa yang menarik perhatian, Maryam berjaya bawakan bahagian chorus lagu itu dengan baik, malah sebutan Maryam tiada yang pelat sehingga ada yang meninggalkan komen mengatakan mereka “meremang” dengar suara Maryam.
Bagaimanapun, Maryam bukanlah seorang penyanyi di Korea mahupun di Malaysia. Mungkin inilah orang kata sebagai bakat terpendam.
Baca juga: Belum dapat zuriat lepas 20 tahun kahwin, luahan Mark Adam buat ramai menangis