Perkahwinan yang sempurna pastinya diidamkan oleh setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi bab memilih pasangan yang kita suka.
Namun tidak bagi wanita ini apabila dia nekad membatalkan perkahwinannya selepas tahu bakal suami rupanya adalah seorang yang botak.
Menurut wanita ini, calon suaminya itu terkantoi memakai rambut palsu sepanjang perkenalannya bagi menutup kekuranganya.
Kejadian tular itu berlaku ketika pihak pengantin lelaki dan keluarganya tiba di kediaman pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan.
Namun sebelum memulakan upacara perkahwinan, wanita itu terperasan sesuatu yang pelik dengan bakal suaminya apabila asyik memegang topi di kepala dan kelihatan tidak keruan.
Memetik dari portal sanook.com, wanita itu nekad bertanyakan ahli keluarganya berkenaan hal itu.
“Saya hanya beberapa kali bertemu dengannya kerana kami dijodohkan. Ketika berjumpa, perbualan kami hanya berkisar tentang persiapan majlis bersama keluarga.
Kami lebih banyak berhubung melalui telefon, jadi saya tidak tahu tabiat peliknya,” katanya.
Selepas selesai bertanyakan hal calon suaminya itu, wanita berkenaan mendapati calon suaminya botak dan menggunakan pelbagai jenis rambut palsu bagi menutup rahsia tersebut.
Merasa tertipu dan malu, pengantin wanita membuat keputusan untuk membatalkan majlis walaupun semua persiapan telah dibuat.
baca: wanita