Sempoi betul orang Kuching, satu hotel ‘sporting’ nyanyikan lagu ulang tahun buat Tengku Ahmad

Oleh KIM SYAZIE

Kehadiran anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Kembara Kenali Borneo di Kuching mendapat sambutan hangat penduduk di negeri itu.

Menerusi satu video tular di TikTok, warga Kuching dikatakan membanjiri hotel Pullman untuk menyambut ketibaan baginda Al Sultan dan rombongannya yang tiba pada jam 12.20 pagi.

Kehadiran Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di hotel itu juga menggamatkan suasana apabila hadirin yang menanti sehingga tengah malam itu menjerit teruja sebaik melihat sosok Tengku diraja itu.

Disebabkan tarikh 11 September lalu merupakan hari keputeraan Tengku Ahmad, warga Kuching menyanyikan lagu ulang tahun sempena hari keputeraan baginda yang ke 23.

Momen menyentuh hati itu dikongsikan seorang individu di Tiktok dengan kapsyennya ‘Tengku Ahmad birthday wishes paling win’.

Mana tidaknya, satu hotel ‘sporting’ dan teruja menyanyikan lagu hari jadi buat Tengku Ahmad.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan netizen di mana rata-rata terharu dengan semangat warga Sarawak walaupun seharian penat menanti keberangkatan rombongan baginda.

Ada juga yang berjenaka, aura artis K-pop pun boleh kalah dengan ‘gelombang’ dari Tengku Ahmad.Terbaiklah warga Kuching!

Baca juga: “17 tahun kahwin pun mentua masih menghina, dia kata saya macam tahi cicak jika berdiri di samping suami”