Seorang lagi usahawan dakwa jadi mangsa perompak Kak KM lepas Keida Crepe, emas 1KG lesap!

Oleh WAN SITI AMINAH

Selepas tiga bulan berdiam diri, seorang lagi ahli perniagaan tampil mendakwa turut menjadi mangsa rompakan suspek yang sebelum ini memecah masuk kediaman usahawan sensasi iaitu Kak KM.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, ahli perniagaan itu memaklumkan rumahnya yang telah dilengkapi dengan ciri keselamatan itu dipecah masuk oleh suspek sama pada 2 Mac lalu dengan nilai kerugian mencecah RM600,000.

Ahli perniagaan yang memiliki lebih 88 ribu pengikut di laman TikTok itu mendakwa telah mengalami kehilangan barangan kemas seberat 1 kilogram (kg), mata wang Thailand berjumlah 155,000 baht, jam serta beg tangan berjenama mewah.

Kejadian itu disedari oleh anak kepada ahli perniagaan terbabit yang baru pulang ke rumah sebelum melihat lampu dan pintu bilik ibunya terbuka serta berada di dalam keadaan bersepah.

“Kediaman saya memang ada sekuriti, tetapi tak tahulah apa ilmu yang perompak itu gunakan sehingga berjaya masuk ke dalam rumah. Kemudian anak pulang awal dan mendapati lampu dan pintu bilik ibunya terbuka sedangkan saya belum balik rumah.

“Anak terus beritahu suami yang bertindak menghubungi saya meminta untuk pulang rumah dengan kadar segera kerana kediaman kami telah dipecah masuk. Katanya, bilik dan almari telah digeledah,” dedahnya dalam satu hantaran.

Tampil membuat perkongsian tersebut di laman TikTok, mangsa rompakan terbabit mengatakan telah memohon pihak polis untuk merahsiakan kejadian rompakan itu dari pengetahuan umum terlebih dahulu untuk keselamatan dirinya.

@znieyempirecollection

Dah 3bulan -4bulan berlalu …sy diam n redha atas apa yg terjadi ..hari ni sy tak sempat nk jawab satu persatu kepada yg memberi pertanyaan …#znieyempire #kespecahrumahselangor #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fypage

♬ original sound – ZNieyEmpireCollection – ZNieyEmpireCollection

Pasrah dengan dugaan Allah meskipun terpaksa menanggung kerugian yang besar, mangsa itu sempat memberikan pujian kepada pihak polis kerana berjaya menangkap suspek dalam tempoh singkat dan menemui sebahagian daripada barang kemas miliknya.

“Selepas polis kata barang sudah dapat, mereka meminta melakukan pengecaman. Barang saya bercampur dengan barang Kak KM. Barang Kak KM banyak sangat, jadi barang saya tenggelam. Perompak ini menyasarkan pengasas produk yang dirasakan berduit.

“Lama suspek mengikut saya. Pernah ke butik saya dan berpura-pura membeli tudung. Ketika itu, dia memang memakai barangan kemas besar. Saya sangka dia orang biasa. Suami dia pun suspek yang masuk rumah Kieda.” Jelas mangsa itu.

Kejadian ini membuktikan bahawa suspek akan sentiasa mengikut rapat kehidupan mangsa yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengasas produk menerusi hantaran atau perkongsian dilakukan mereka di sosial media.

Baca juga: Sah Kieda Crepe tak buat cerita, polis dah tangkap 4 penjenayah sekali dengan barang kemas RM400K